Sejarah



Sejarah Kampung Sukau,Kinabatangan

Bermula sejak dari abad ke 15 lagi,kawasan Kinabatangan terkenal dengan hasil-hasil keluaran hutan seperti madu lebah,damar,sarang burung,rotan,kayu-kayan dan sebagainya pada pedagang-pedagang dari Negeri Cina,Kerajaan Sultan Sulu dan British North Borneo ( Chartered Company)1884.Ketika itu terdapat sebuah kampung iaitu Kampung Malapi adalah asal usul Kampung Sukau sekarang ini.Ianya terletak berhampiran muara Sungai Menanggol sebagai laluan terpenting untuk pergi ke Gua Gomantong (jalan kaki) pada ketika itu melalui jalan pintas di Pintasan Bilit (nama tempat dalam Sg.Menanggol).Oleh kerana atas dasar kemajuan dan kesesuaian maka berlakulah pemindahan tapak baru kampung,terletak tidak berapa jauh dari tempat asalnya.Nama “ Kampung Sukau” menjadi pilihan atas sebab penggunaan ‘rotan sukau’ yang meluas dan didapati dengan banyaknya di kawasan ini.Rotan-rotan sukau digunakan untuk membuat tangga-tangga tergantung bagi tujuan naik dan memetik sarang-sarang burung layang-layang tersebut.

Orang Sungai yang berpegang teguh pada ajaran Agama Islam adalah suku kaum dari mula abad tinggal di kawasan Kampung Sukau.Dibuktikan dalam sejarah dan masih menghuni di semua kampung-kampung yang ada di sepanjang tebing Sungai Kinabatangan khususnya Kampung Sukau.Patuh dan menjaga maruah bangsa dengan adat resam tradisional peninggalan nenek moyang.Yang amat jelas sekali dan terunggul peninggalan tersebut ialah loghat(dialek) Bahasa Suku Sungai yang dipraktikkan di dalam pertuturan harian hingga ke hari ini. Bahasa Suku Sungai yang menetap di Kampung Sukau ada persamaannya dengan Bahasa Idaan yang menetap di Kampung Segama Lahad Datu.Penggunaan alat-alat tradisi,kemasan pakaian tradisi,pemakanan,mata pencarian rezeki keluarga yang di darat dan sungai adalah satu identiti terunggul perlu dijaga supaya tidak hilang dan pupus ditelan zaman di arus pembangunan.
Namun mata pencarian kehidupan dikurniakan lagi di alaf baru ini. Terkenal di seluruh pelusuk dunia dengan kepentingan-kepentingan bagi manusia sejagat.Tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan menjadi tarikan bukan saja kepada para penyelidik dan ahli sains tetapi juga pada penggemar dan peminat alam semulajadi ciptaanNYA.Perhatian dan pengiktirafan demi pengiktirafan telah diberi dari kajian-kajian sejak awal tahun 70an dan berterusan hingga kini.Ianya tetap akan berterusan atas kesinambungan pertemuan demi pertemuan dan kesedaran pihak atasan yang akan mengekalkan untuk kehidupan masa depan masyarakat setempat.
Dengan tercatatnya sejarah bangsa yang beridentiti maka berterusanlah kehidupan bangsa itu sendiri.Walaupun pernah dibuai dengan kegairahan dan puji-pujian di waktu kekurangan pendedahan dan ilmu pengetahuan.Pengiktirafan kawasan hilir Kinabatangan sebagai hadiah kepada dunia dan berjanjikan ianya adalah
‘ Kawasan Alam Semulajadi’ untuk kepentingan masyarakat setempat.Kehidupan itu adil dan peluang untuk membangun tetap ada.Yang penting adalah rangkaian kerjasama dan sokongan padu berkekalan.




MELAKAR SEJARAH BARU UNTUK GENERASI KE 3 
Pecah Tanah : Pekan Baru Sukau - Bandar Bio-Diversiti
Tarikh : 24/07/2010








No comments:

Post a Comment