Assalamualaikum... dan salam Satu Malaysia.
Alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah dan kurniaNya sekali lagi JKKK Kg.GDW Sukau berjaya menyiapkan laman web ini.
Tujuan utama penyiapan laman web ini ialah sebagai panduan asas kepada JKKK Kg.GDW Sukau untuk merujuk data kampung yang diperlukan.Isi kandungan laman web ini juga telah digabung dengan beberapa dapatan/elemen dari Pelan Tindakan Desa Kampung GDW Sukau,Kinabatangan, sebagai rujukan dan panduan kepada JKKK Kg.GDW Sukau khasnya dan kerajaan amnya dalam melaksana dan membangun kampung ini ke arah Desa Cemerlang.Insyaallah.
Tidak dinafikan bahawa terdapat beberapa kekurangan dalam laman ini khususnya dalam kutipan data kampung semasa proses penyiapan buku profil kampung (hard copy).Beberapa kekangan yang dihadapi khususnya bahan rujukan sebelum dan semasa sukar diperolehi.Justeru,barisan JKKK sendiri terpaksa bermula dengan perolehan data baru.Walau bagaimana pun setelah masalah demi masalah diatasi maka akhirnnya kami berjaya mengolah laman maya Profil Kg.GDW Sukau ini.Kami juga berjanji akan sentiasa mengemas kini data-data dalam laman ini bersesuaian dengan kehendak semasa.
Dalam kesempatan ini,saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada jawatankuasa laman web ini,masyarakat kampung dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dari mula hingga akhir proses kutipan data penyediaan bahan kami.
Akhir kata, setiap yang baik dan mulia itu datangnya daripada Allah S.W.T dan yang tidak sempurna itu datangnya daripada kami sendiri ”
Sekian dan terima kasih,wassalamualaikum…
ENCIK AZAHARI HJ.RANGON
Pengerusi
JKKK Kampung GDW Sukau
Kinabatangan,Sabah.
assalamualaikum tn/pn, saya sedang membuat penyelidikan tentang masyrakat sungai di sukau bagi melengkapkan kelayakan akademik saya. saya ingin meminta jasa baik tn/pn untuk membantu saya memberi sedikit sebanyak maklumat tentang pembangunan di sukau. jika tuan/puan sudi, mohon email kpd saya aniamboche92@gmail.com no. phone yang boleh saya hubungi. segala pertimbangan saya dahulukan dengan ucapan terima kasih.
ReplyDelete